Cari @ Amanz

Jam tangan pintar ZTE Quartz dijangka dilancarkan tahun ini. Sebuah imej pengolokannya tertiris awal bulan Februari yang lalu. Kini gambar sebenar jam tangan Android Wear 2.0 ini tertiris ke arena web, Hanya terdapat satu butang fizikal kelihatan pada sisi peranti. Dok pengecas juga turut tertiris.

Dari laporan Android Police, ZTE Quartz hanya menyokong sistem selular 3G dan tidak dilengkapi sistem NFC. Dari rekaan peranti bolehlah diandaikan tali jam tangan ini mudah digantikan dengan tali jam tangan analog biasa seperti Samsung Gear S3. Spesifikasi masih lagi misteri tetapi kemungkinan besar tidak jauh berbeza dari LG Watch Style dan Watch Sport yang baru sahaja dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd