Jualan Penghabisan Stok Cover 2-Dalam-1 Tablet Logitech Sedang Berlangsung Di Lazada

Jualan Penghabisan Stok Cover 2-Dalam-1 Tablet Logitech Sedang Berlangsung Di Lazada

Diterbitkan pada Mac 21, 2017 oleh .

Adakah anda sudah bosan dengan kerangka tablet iPad anda? Adakah anda juga sedang mencari papan kekunci pada harga yang berpatutan untuk memudahkan anda melakukan tugasan di pejabat?

Anda mungkin mahu ke Lazada sekarang kerana Logitech, pembuat peralatan aksesori untuk komputer dan tablet kini sedang menjalankan jualan penghabisan stok untuk aksesori kerangka dan papan kekunci 2-dalam-1 untuk peranti siri Apple iPad serta Samsung Galaxy Tab.

Menurut Logitech, pembeli boleh mendapat diskaun sehingga 85 % untuk sebuah aksesori kerangka 2-dalam-1 ini, bergantung kepada model. Jualan penghabisan stok ini telah bermula sejak 13 Mac dan akan berterusan selama sebulan.

Lawati laman jualan penghabisan stok Logitech

TIPS & ULASAN