Tudia Clip – Klip Perlindungan Untuk Kabel Lightning Yang Rapuh

Tudia Clip – Klip Perlindungan Untuk Kabel Lightning Yang Rapuh

Diterbitkan pada Mac 21, 2017 oleh .

Peranti Apple dijual pada harga yang amat premium. Kualiti peranti yang dijual adalah berbaloi dengan harga yang dibayar. Namun satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah kabel Lightning untuk mengecas iPhone dan iPad adalah amat rapuh. Kabel ini mudah koyak selepas hanya beberapa bulan digunakan.

Bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak bertahun lamanya ini, Tudia Clips dihasilkan. Pelindung plastik ini dipasang pada leher kebel Lightning dan mengelakkannya dari terlipat sehingga terkoyak dan akhirnya terputus. Terdapat lima pilihan warna diberikan dan set lima pelindung dijual pada harga $7 (~RM 31). Harga aksesori yang mahal tetapi selari dengan harga jualan peranti Apple sendiri.


TIPS & ULASAN