Cari @ Amanz

WhatsApp telah memperkenalkan fungsi WhatsApp Status beberapa minggu lepas, yang membolehkan para pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh masa 24 jam – lebih kurang seperti Instagram Stories, Facebook Stories dan Snapchat.

Pengenalan ciri berkenaan membuatkan ramai pengguna inginkan kembali fungsi “Status” lama yang memudahkan penggguna memasukkan teks ringkas dan memudahkan anda memberitahu rakan-rakan lain berkenaan apa yang mereka sedang lakukan atau mood semasa.

WhatsApp Beta About

Kini, ciri berkenaan kembali semula kepada semua pengguna peranti Android melalui kemaskini baru. Walaubagaimanapun, ia dilabelkan dibawah “About”. Sebarang teks yang dimasukkan dibawah ini akan dipaparkan pada buku alamat dan dibawah nama anda dalam WhatsApp Group.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di Android, anda hanya perlu ke bahagian profil, menekan pada gambar profil anda, dan membuat perubahan pada bahagian yang dinamakan sebagai “About”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd