Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus dalam edisi khusus, iaitu RED. Apple sedia menawarkan produk dibawah RED sejak beberapa tahun lepas, dimana sebahagian daripada nilai pembelian akan diderma kepada badan terpilih.

Apple iPhone 7 RED

Kedua-dua peranti ini mengekalkan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang sama, termasuk sokongan kalis percikkan air, penggunaan dwi-kamera pada iPhone 7 Plus, dan juga penggunaan cip pemprosesan terkini serta iOS 10 untuk menguasakannya.

Versi RED untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini hanya ditawarkan dalam pilihan storan 128GB dan 256GB sahaja. Harga jualannya masih kekal seperti iPhone 7 sedia ada, iaitu bermula RM3699 untuk iPhone 7, dan bermula RM4299 untuk iPhone 7 Plus.

Bagi anda yang berminat, boleh semak laman Apple Store Malaysia hari ini, dan melakukan tempahan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd