Carian
Tiada Lagi iPad Air – Apple Kini Memanggilnya Hanya iPad
March 21, 2017 Aman

Bersama-sama dengan penawaran kemaskini kepada beberapa model iPhone, pihak Apple turut memperkenalkan iPad baru bersaiz 9.7-inci. Kini, ia tidak lagi dipanggil sebagai iPad Air, sebaliknya dikenali terus dengan nama iPad – sekaligus memudahkan lagi penjenamaan tablet keluaran syarikat gergasi elektronik berkenaan.

iPad baru ini hadir dengan skrin 9.7-inci pada resolusi 2048×1526 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Apple A9, dan hadir dalam variasi storan 32GB dan 128GB. Tablet keluaran Apple ini juga menggunakan kamera 8-megapixel di belakang, dan kamera 1.2-megapixel dihadapkan.

iPad dengan storan 32GB dan fungsi WiFi sahaja ditawarkan pada harga RM1549, sementara versi 128GB pada harga RM1999. Model dengan sokongan selular pula berharga RM2199 untuk 32GB dan RM2649 untuk versi 128GB.

Berbanding dengan iPad Air 2 sebelum ini, pihak Apple kini melalui iPad baru ini menawarkan cip lebih berkuasa – dan harga jualannya adalah lebih rendah berbanding iPad Air 2 sebelum ini.

Selain iPad, pihak Apple turut menawarkan ruangan storan yang lebih besar untuk iPad Mini 4 – dimana kini ia hadir pada harga RM1899 untuk versi 128GB WiFi, dan RM2549 untuk versi WiFi + Selular.

Komen