Cari @ Amanz

Android O Google hari ini telah menawarkan Android O Developer Preview kepada para pembangun, sekaligus membolehkan para pembangun menggunakannya dan menguji ia bersama-sama aplikasi. Ia sering ditawarkan oleh penyedia platform lebih awal bagi membolehkan pembangun bersedia dengan aplikasi yang dioptimasikan untuk sistem operasi terbaru apabila ia dilancarkan kelak.

Android O Dev Preview ini kini ditawarkan untuk Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus Player, Pixel, Pixel XL dan juga Pixel C. Bagi mereka yang ingin menggunakannya, anda perlu memuat-turun dan memasang ROM pembangunan ini manual pada peranti anda.

Apa pun, yang menariknya adalah melalui Android O Dev Preview ini, kita turut mengetahui beberapa ciri-ciri baru yang akan dibawakan oleh sistem operasi ini.

Salah satunya adalah sokongan PIP (Picture in Picture). Ia membolehkan pengguna kekal menonton video dalam tetingkap kecil walaupun ketika menggunakan aplikasi lain atau ketika sedang menjawab mesej daripada rakan-rakan.

Google juga memfokuskan ketahanan bateri melaluinya, dimana Android O kini menawarkan had untuk aplikasi latar untuk penggunaan tenaga bateri dengan efisyen.

Android O

Selain daripada itu, Android O turut menyertakan fungsi yang dinamakan “Notification Channels” yang memudahkan notifikasi disusun mengikut sesuatu kategori.

Sekiranya anda pembangun aplikasi, anda mungkin boleh mencubanya hari ini. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan tidak memasangnya pada peranti utama anda – memandangkan ia masih tidak stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat sejumlah kekangan yang masih tidak dikenal-pasti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd