Google Meraikan Warisan P. Ramlee Dengan Doodle Khas

Google Meraikan Warisan P. Ramlee Dengan Doodle Khas

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Nama P. Ramlee merupakan suatu nama yang tidak asing dikalangan rakyat tempatan. Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik, dan penulis lagu yang popular dengan pelbagai karya – malah digelar sebagai “Seniman Agung Negara”.

Google PRamlee

Hari ini, bersempena dengan ulang-tahun ke-88 P. Ramlee, Google meraikan beliau dengan menyediakan sebuah doodle khusus di laman utama Google Malaysia.

Sepanjang hidup, P. Ramlee telah menghasilkan sebanyak 401 buah lagu, dan 66 buah filem. Sejumlah filem beliau masih dimainkan sehingga hari ini dan masih diminati ramai – berbeza dengan beberapa filem masa kini yang jarang mempunyai nilai tontonan semula.


TIPS & ULASAN