UK Turut Melarang Membawa Masuk Beberapa Peranti Elektronik Pada Penerbangan Terpilih
Artikel Berkaitan

UK Turut Melarang Membawa Masuk Beberapa Peranti Elektronik Pada Penerbangan Terpilih

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Amerika Syarikat semalam telah mengumumkan yang mana mereka melarang membawa masuk peranti elektronik selain telefon ke dalam kabin kapal terbang untuk penerbangan dari 10 negara. Kini, lanjutan daripadanya, UK turut membuat pengumuman yang lebih kurang sama.

Di bawah peraturan baru ini, pengguna tidak boleh membawa masuk telefon pintar, komputer riba dan tablet yang bersaiz lebih besar daripada 16 x 9.3 cm dan lebih tebal daripada 1.5cm. Kepada pemilik iPhone 7 Plus dan Note 5 anda boleh menghela nafas lega kerana peranti anda masih di bawah had saiz maksimum ini. Pemilik tablet dan phablet dengan skrin bersaiz 7 inci ke atas pula terjejas dengan arahan baru ini. Kesemua perlu dimasukkan ke dalam bagasi yang disimpan di dalam ruangan kargo pesawat.

Buat masa ini, penerbangan ke UK terus dari Turki, Lubnan, Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Tunisia sahaja yang terjejas dengan arahan baru ini. Sekiranya anda mempunyai perancangan terbang masuk ke UK menerusi lapan negara di atas, sila hubungi syarikat penerbangan anda untuk maklumat lebih lanjut.


TIPS & ULASAN