Android O Versi Akhir Akan Hadir Pada Suku Ketiga 2017

Android O Versi Akhir Akan Hadir Pada Suku Ketiga 2017

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Google hari ini telah mula menawarkan Android O Developer Preview, sekaligus berkongsi beberapa ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya. Lanjutan daripadanya, Google juga telah memperlihatkan latar masa pembangunan, dan memperlihatkan versi pembangunan seterusnya akan hadir sekitar Mei kelak.

Ia akan diikuti dengan kemaskini berikutnya pada Jun dan Julai, sebelum versi akhir diperkenalkan secara rasminya pada suku ketiga 2017 kelak.

Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan nama akhir untuk Android O ini. Ciri-ciri yang dibawakan olehnya juga sedang diketahui satu demi satu buat masa ini.

Android O

Dengan perkongsian latar masa ini, para pembangun aplikasi perlu bersedia dengan versi yang dioptimasikan untuk Android O sekitar Julai kelak.

Apa pun, untuk pengguna pula, ia mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk peranti anda menerimanya – atau mungkin tidak. Seperti biasa, peranti Nexus dan Pixel akan menerimanya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN