Buku Koleksi Produk Apple Selama 20 Tahun Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM949

Buku Koleksi Produk Apple Selama 20 Tahun Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM949

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Ingatkah lagi dengan buku fizikal yang pernah diperkenalkan oleh Apple pada penghujun 2016 yang lepas dinamakan sebagai Designed by Apple in California. Kini, buku tersebut turut telah mula ditawarkan melalui Apple Online Store Malaysia pada harga RM949.

Buku ini mengumpulkan koleksi gambar produk Apple daripada tahun 1998 sehingga ke 2015 lepas. Ia lebih kepada mendokumenkan bahan dan kaedah yang digunakan pasukan rekabentuk Apple dalam hadir dengan sesuatu produk mereka.

Buku Apple

Buku Apple

Buku yang hanya mengumpulkan koleksi gambar sahaja ini mengumpulkan lebih kurang 450 gambar produk selama 20 tahun.

Bagi pengguna tempatan yang meminati produk Apple, dan ingin mengetahui lanjut mengenai rekabentuk dan sebagainya – mungkin boleh dapatkan buku ini pada harga RM949.


TIPS & ULASAN