Logitech Melancarkan Kerangka iPad Tahan Lasak Dengan Papan Kekunci Terbina

Logitech Melancarkan Kerangka iPad Tahan Lasak Dengan Papan Kekunci Terbina

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Tablet di pasaran sekarang sudah cukup berkuasa untuk menjadi pengganti kepada komputer riba. Sekiranya anda seperti kami yang kerap bekerja di luar pejabat, kekurangan tablet ialah tiadanya papan kekunci yang setanding dengan yang wujud pada komputer riba. Logitech menyedari hakikat ini dan melancarkan kerangka tahan lasak dengan papan kekunci terbina Logitech Rugged Combo untuk iPad model terbaru.

Ia terdiri daripada kerangka tahan lasak yang mampu menyerap hentakan dari ketinggian enam kaki. Terdapat tongkat terbina seakan Surface pada panel belakang bagi memudahkan proses menaip. Papan kekunci merangkap penutup skrin boleh ditanggalkan dan dilengkapi kekunci yang dikatakan setanding dengan yang digunakan pada komputer riba.

Rugged Combo direka khas untuk kegunaan oleh pelajar di dalam kelas. Ia akan ditawarkan kepada sekolah-sekolah yang menggunakan iPad di dalam kelas mereka di Amerika Syarikat bermula minggu hadapan. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini.


TIPS & ULASAN