YouTube Kini Membolehkan Anda Menyemak Kualiti Rangkaian Mudah-Alih Anda

YouTube Kini Membolehkan Anda Menyemak Kualiti Rangkaian Mudah-Alih Anda

Diterbitkan pada Mac 23, 2017 oleh .

Adakah anda sering berasa kecewa dengan kualiti penstriman video YouTube pada peranti mudah-alih anda? Seringkali kualiti penstriman ini ditentukan oleh beberapa faktor, seperti ISP, geografi dan juga kualiti peranti.

Hari ini, YouTube baru sahaja memperkenalkan perkhidmatan yang dinamakan Video Checkup From YouTube – membolehkan YouTube memeriksa kualiti penstriman rangkaian mereka. Laman web Video Checkup ini mempunyai tiga tab yang menjalankan fungsi yang berbeza.

Fungsi COMPARE menunjukkan senarai penyedia rangkaian di kawasan anda, dan akan memberikan skor satu hingga lima bintang berdasarkan kualiti penstriman video di YouTube. Setiap skor ini dipadankan dengan jenis penstriman, jadi anda boleh mengubahsuai kualiti penstriman video supaya peranti anda boleh menstrim video secara lancar.

EXPLORE pula menunjukkan peta haba kualiti playback untuk pelbagai jenis rangkaian di kawasan anda, manakala tab LEARN menerangkan tentang terminologi skor yang berbeza.

YouTube Video Checkup ini boleh digunakan untuk memeriksa kualiti penstriman empat rangkaian mudah-alih utama di Malaysia, termasuklah Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Setiap skor ini akan dikemaskini setiap 35 hari, sama ada daripada penyedia rangkaian tersebut, ataupun pengguna-pengguna yang menggunakan YouTube melalui rangkaian ini. Menurut Google juga, fungsi ini hanya hadir di Malaysia buat masa ini.

Layari laman web Video Checkup From YouTube


TIPS & ULASAN