Sebilangan Pengguna OnePlus 3 Dan 3T Melaporkan Masalah Bonggol Kamera Yang Senget

Sebilangan Pengguna OnePlus 3 Dan 3T Melaporkan Masalah Bonggol Kamera Yang Senget

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

OnePlus ialah jenama yang menggunakan moto “Never Settle”. Pengguna diingatkan supaya jangan mudah berpuas hati dengan peranti lain yang dijual oleh pesaing mereka. Hasilnya ialah peranti OnePlus 3 dan 3T yang mendapat pujian kerana spesifikasi yang baik tetapi dijual pada harga yang munasabah.

Oleh itu tidak mengejutkan sebilang pengguna mereka kini tidak mudah berpuasa hati dengan OnePlus 3 d an 3T yang dimiliki mereka. Ada yang melaporkan masalah bonggol kamera pada panel belakang peranti yang sedikit senget. Masalah ini turut ditemui pada OnePlus 3T Colette Edition yang dijual pada dalam jumlah yang terhad minggu ini. Pihak OnePlus masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini.


TIPS & ULASAN