Cari @ Amanz

Di kebanyakan negara maju penggunaan basikal amatlah digalakkan bagi mengurangkan pencemaran udara dan ke arah kehidupan yang lebih sihat.  Lebuh raya khas untuk basikal telahpun dibuka di Jerman sebagai alternatif kepada autobahn. Untuk perjalanan dekat berbasikal memang praktikal. Tetapi untuk perjalanan jauh atau berbukit bukau bantuan dalam bentuk motor elektrik diperlukan.

Majoriti basikal elektrik yang dijual di pasaran sekarang dijual pada harga yang amat tidak mampu milik. UrbanX, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura cuba menyelesaikan masalah ini. Roda Eco dan Booster keluaran mereka mampu mengubah sebarang basikal menjadi versi elektrik dalam masa hanya 60 saat.

Ini dilakukan kerana Eco dan Booster mempunyai motor elektrik terbina pada bahagian hub. Eco dilengkapi motor 240 Watt manakala Booster pula dengan motor 350 Watt. Dengan sekali caj, kedua-duanya mampu bergerak dengan jarak maksimum 48 Kilometer pada kelajuan maksimum sekitar 25 kmj. Motor elektrik ini dikawal dengan menggunakan aplikasi pintar Android dan iOS secara tambatan bluetooth. Terdapat aksesori khas yang membolehkan kelajuan basikal dikawal dengan memulasnya seperti pada sebuah motosikal. Eco dan Booster dijual pada harga bermula $299 (~RM 1324).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd