EpicGear Hadir Dengan Tetikus Modular Morpha X RGB

EpicGear Hadir Dengan Tetikus Modular Morpha X RGB

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Jika anda seorang gamer yang tegar, anda pasti mahukan aksesori permainan video yang terbaik. Jenama EpicGear merupakan salah satu jenama yang dikenali ramai di arena e-sukan, dan syarikat tersebut baru sahaja memperkenalkan aksesori tetikus mereka yang terbaru.

EpicGear Morpha X RGB bukanlah sebarang tetikus. Ia merupakan sebuah tetikus modular, dimana pengguna boleh menukar beberapa bahagian tetikus tersebut, termasuklah sensor dan suis yang digunakan untuk butang tekan bahagian depan tetikus ini.

Sistem modular ini dinamakan Modular Sensor Cartridge (MSC) untuk sistem modular sensor, manakala Modular Switch Structure (MSS) ialah nama yang diberikan untuk sistem modular switch butang tekan kiri dan kanan.

Untuk tetikus Morpha X RGB ini, pengguna diberi pilihan untuk menggunakan sensor laser 8200DPI ataupun sensor IR LED 12000DPI melalui sistem MSC tersebut, manakala bagi switch butang pula, pengguna boleh memilih untuk menggunakan switch EG Purple, EG Orange, ataupun Omron, yang mempunyai jangka hayat 20000 dan 50000 klik.

Bagi yang menitikberatkan berat tetikus, Morpha X RGB ini juga hadir dengan katrij pemberat yang boleh diubahsuai mengikut keperluan. Dalam pada itu, tetikus ini juga mempunyai lampu RGB yang boleh diubahsuai warna dan kecerahannya mengikut kehendak pengguna, melalui aplikasi tetikus tersebut.

Kerangka luaran tetikus ini juga boleh diubah dengan dua corak warna, iaitu kelabu dan putih.


TIPS & ULASAN