Kuala Lumpur Internet City (KLIC) Ingin Menempatkan Lebih 1000 Startup

Kuala Lumpur Internet City (KLIC) Ingin Menempatkan Lebih 1000 Startup

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Kuala Lumpur Internet City telah diumumkan secara rasmi pada hari ini sebagai sebahagian daripada perlaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital. Melaluinya, ia ingin menjadi hab yang menghubungkan pelbagai syarikat internet, pelabur, dan pakar teknologi.

Kuala Lumpur Internet City akan terletak di Bandar Malaysia, dan meliputi kawasan seluas 5 juta kaki persegi. Ia akan melalui pembangunan selama 15 tahun dan ingin menjadi pusat sehenti untuk pelbagai syarikat teknologi.

KLIC ini digambarkan sebagai pusat sehentu untuk ekonomi internet di rantau Asia Tenggara. Mengikut perancangan, KLIC dikatakan akan menempatkan sekurang-kurangnya 1000 syarikat startup berasaskan internet, selain lebih 25,000 pakar teknologi.

Selain itu sahaja, ia juga akan menempatkan inkubator, pelabur, syarikat modal teroka, agensi kerajaan dan sebagainya di sana. Membangunkan bersama KLIC ini adalah Catcha Group yang sedia terkenal dengan beberapa syarikat pelaburan mereka seperti iFlix dan lain-lain.


TIPS & ULASAN