Cari @ Amanz

Instagram, salah satu aplikasi gambar yang dimiliki oleh Facebook, kelak akan membolehkan para pengguna membuat tempahan bersama perniagaan – sebahagian daripada kaedah mereka dalam memperluaskan penggunaan aplikasi popular berkenaan.

Kelak, sebagai contoh, pengguna boleh membuat tempahan untuk potong rambut dengan hanya ke profil Instagram milik sesuatu salon, dan menekan butang untuk tempahan. Ini secara tidak langsung akan membuatkan Instagram bersaing dengan perkhidmatan lain seperti Yelp.

Ciri baru ini dijangka diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan lagi, memberikan lebih 1 juta pengiklan di Instagram untuk menghasilkan impak yang lebih baik berbanding sedia ada.

“Apabila pengguna membuat tempahan, ia bukannya seperti “Like” atau “Follow”. Ia merupakan transaksi sebenar,” kata James Quarles dari Instagram. Lebih banyak fungsi juga dijangka akan ditambah pada aplikasi berkenaan, seperti fungsi memberikan ulasan untuk sesuatu perniagaan.

Pada hari ini, sekitar 8 juta perniagaan mempunyai dan menggunakan profil di Instagram. Ia turut dikatakan yang mana 80% daripada pengguna aplikasi berkenaan mengikuti akaun sesuatu perniagaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd