Google Duo Kini Membawakan Sokongan Panggilan Suara

Google Duo Kini Membawakan Sokongan Panggilan Suara

Diterbitkan pada Mac 22, 2017 oleh .

Pada tahun lepas, Google telah memperkenalkan aplikasi Google Duo yang menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat panggilan video melaluinya. Hari ini, gergasi internet berkenaan turut mengumumkan pengenalan sokongan panggilan suara sahaja pada aplikasi berkenaan.

Google Duo

Melaluinya, kini anda boleh mengaktifkan sokongan panggilan audio sahaja – sekaligus kekal berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Seperti biasa, ada yang meminati sokongan panggilan suara berbanding dengan video dalam beberapa keadaan – sebagai contoh dalam kenderaan awam dan sebagainya.

Disamping itu, panggilan suara juga akan menggunakan data yang lebih sedikit berbanding dengan panggilan video.

Ciri baru ini diperkenalkan untuk pengguna Brazil terlebih dahulu dan akan hadir kepada pengguna seluruh dunia dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN