Bersama-sama pengumuman ciri baru untuk Google Duo, pihak Google turut menyertakan fungsi baru pada satu lagi aplikasi komunikasi mereka, iaitu Google Allo. Untuk makluman, Google Allo merupakan aplikasi permesejan daripada Google yang hadir dengan sokongan pembelajaran mesin.
Kini, setealh sekian lama, Google kelak akan membolehkan pengguna untuk berkongsi dokumen dan beberapa fail lain terus melalui Google Allo.
Antara jenis format yang disokong adalah termasuk *pdf, *docs, *apk, *zip dan juga *mp3.
Untuk peringkat awal, ia hanya disokong untuk pengguna peranti Android sahaja.
Google memperkenalkan ia secara berperingkat bermula dari Brazil hari ini dan dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.