Kumpulan Penggodam Mengancam Memadam Ratusan Juta Peranti Apple

Kumpulan Penggodam Mengancam Memadam Ratusan Juta Peranti Apple

Diterbitkan pada Mac 23, 2017 oleh .

Data pada peranti adalah penting. Kerana saiz data yang besar ramai pengguna bergantung kepada perkhidmatan awanan untuk melakukan sandaran (back up) secara automatik. Pengguna berharap kesemua data yang telah disandar akan dijaga dengan baik. Hari ini terdapat laporan ratusan juta akaun iCloud diancam oleh kumpulan penggodam Turkish Crime Family,

Kumpulan penggodam ini mendakwa mereka mempunyai akses kepada 627 Juta akaun iCloud.com, Me.com dan Mac.com. Mereka mengancam untuk memadam kesemua akaun pengguna sekiranya pihak Apple enggan membayar wang tebusan sebanyak $75000 (~RM 332000). Mereka memberikan tempoh sehingga 7 April kepada Apple untuk memenuhi kehendak mereka.

Pihak Apple dilaporkan enggan tunduk kepada permintaan penggodam tetapi masih belum mengeluarkan kenyataan ramsi mengenai ancaman ini. Sekiranya Turkish Crime Family benar-benar mempunyai akses kepada akaun pengguna Apple, ratusan juta peranti akan dipadam dan akaun mereka akan gagal diakses.


TIPS & ULASAN