Cari @ Amanz

Apakah resolusi skrin yang terbaik untuk peranti pintar? Di pasaran sekarang resolusi QHD dianggap perlu pada peranti-peranti utama bagi menyokong paparan realiti maya yang lebih tajam. Samsung sudah menyokong resolusi QHD pada peranti Galaxy S sejak Galaxy S6. Hari ini resolusi skrin Galaxy S8 diketahui dan ia mempunyai tetapan tertinggi WQHD+.

WQHD+ adalah bersamaan dengan resolusi 2960 x 1440 pixel dan sedikit lebih tinggi berbanding QHD  dengan resolusi 2560 x 1440 pixel. Penambahan pixel berlaku kerana Galaxy S8 menggunakan skrin yang lebih panjang dari biasa. Selain WQHD+ ia turut menyokong FHD+ (2220 x1080 pixel) dan HD+ (1480 x 720 pixel).

Walaubagaimanapun kesemua peranti Galaxy S8 akan ditetapkan kepada resolusi FHD+ apabila ia dihidupkan pertama kali. Ini sama seperti yang berlaku pada Galaxy S7/S7 Edge selepas menerima kemaskini Nougat tempohari. Ini mungkin bagi mengurangkan penggunaan bateri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd