Cari @ Amanz

Vaio pernah suatu ketika dahulu adalah syarikat di bawah payung Sony. Selepas dijual mereka melancarkan telefon pintar Windows Phone Vaio Phone Biz. Sambutan ke atas peranti ini adalah dingin kerana menggunakan sistem operasi yang kurang popular. Phone Biz dilancarkan semula sebagai Vaio Phone A di Jepun kali ini menggunakan Android.

Tiada perubahan spesifikasi dilakukan. Vaio Phone A mengekalkan skrin 5.5″ HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Bagi yang mahukan storan tambahan kad MikroSD sehingga 64 Gigbayte disokong. Kamera utama 13-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 2800 mAh digunakan pada peranti yang masih lagi menggunakan Android Marshmallow.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada aluminium. Terdapat sokongan untuk SIM bersaiz nano dan mikro. Vaio Phone A akan dijual bermula 7 April hadapan pada harga ¥24800 (~RM 985) sebuah. Tiada maklumat sama ada ia akan dijual di luar Jepun buat masa ini.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd