Cari @ Amanz

Apakah faktor yang paling penting apabila membeli peranti baru? Bagi kebanyakan pengguna model yang paling terkini adalah antara faktor terpenting. Memilikinya akan membuatkan anda kelihatan seperti mengikuti peredaran trend masa. Tetapi peranti baru tidak semestinya paling banyak dijual. Menurut laporan IHS Markit, tahun lalu iPhone 6S ialah peranti yang mencatatkan jualan tertinggi.

Walaupun sudah agak berusia ia berjaya mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding iPhone 7 dan Samsung Galaxy S7 Edge. Menurut mereka lagi empat peranti terlaku sepanjang 2016 adalah iPhone. Samsung Galaxy S7 Edge harus berpuas hati di tangga ke-lima diikuti oleh Galaxy J3, Oppo A53 dan Galaxy J5. Samsung masih boleh boleh melihat laporan ini dari sudut positif kerana lima dari sepuluh peranti di dalam senarai ini adalah keluaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd