Cari @ Amanz

Tiada yang dilarang, kesemuanya dibenarkan. Ini ialah moto keikhwanan pembunuh upahan yang wujud di dalam permainan komputer Assassin’s Creed. Filem adaptasi yang ditayangkan Disember lalu menerima kritikan negatif tetapi masih berjaya mencatatkan kutipan yang tinggi. Sebagai peminat AC, masalah utama filem tersebut ialah masa yang terlalu pendek untuk menyampaikan maklumat yang secukupnya kepada penonton.

Dari dahulu lagi kami merasakan AC adalah lebih baik sebagai siri TV. Di dalam soal jawab AMA di Reddit, Aymar Azaizia yang bertugas sebagai ketua kandungan Assassin’s Creed mengesahkan siri TV permainan ini sedang dalam pembangunan. Beliau tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai jalan cerita manakah yang akan diadaptasi serta saluran TV manakah ia akan ditayangkan. Sebaliknya beliau hanya mengesahkan ia dibangunkan oleh Ubisoft Motion Pictures yang turut menerbit filem adaptasi sebelum ini. Terdapat ura-ura ia mungkin ke Netflix kerana tiada halangan pemotongan dan belanjawan yang lebih tinggi.

Sebagai peminat AC kami berharap siri TV ini akan lebih senonoh dari filem. Sekiranya gagal sekali, kami akan mengucapkan requiescat in pace kepada siri ini selama-lamanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd