Amazon Dilaporkan Menangguhkan Pelancaran Di Asia Tenggara

Amazon Dilaporkan Menangguhkan Pelancaran Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Mac 23, 2017 oleh .

Amazon pada tahun lepas telah diperkatakan ingin memasuki pasaran Asia Tenggara seawal 2017 ini, bermula daripada Singapura. Walaubagaimanapun, kini laporan baru hadir mengatakan gergasi e-dagang berkenaan menangguhkan sedikit hasrat mereka.

Ia dikatakan Amazon masih menyasarkan untuk memasuki pasaran Asia Tenggara ini pada tahun ini, tetapi tiada tarikh pasti yang diketahui untuknya.

Amazon dilihat akan memilih Singapura untuk pelancaran awal, disebabkan oleh kadar penembusan penggunaan kad kredit, selain kemudahan logistik dan beberapa perkara lain.

Buat masa ini, di rantau Asia Tenggara, pesaing terdekat Amazon, Alibaba sedang mengukuhkan kedudukan mereka. Pada tahun lepas, Alibaba telah mendapatkan pegangan majoriti pada Lazada, dan laman e-dagang berkenaan terus berkembang pesat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN