Sokongan Multi-GPU Untuk API Vulkan Bakal Hadir Untuk Windows 7, 8, 10 Dan Linux

Sokongan Multi-GPU Untuk API Vulkan Bakal Hadir Untuk Windows 7, 8, 10 Dan Linux

Diterbitkan pada Mac 25, 2017 oleh .

Application Program Interface, ataupun API, merupakan antaramuka asas untuk mana-mana pengaturcaraan program yang kompleks. Dari segi grafik, dua API yang terutama yang digunakan hari ini termasuklah DirectX12 oleh Microsoft, dan Vulkan oleh Khronos Group.

Vulkan

Vulkan merupakan API grafik yang semakin hangat digunakan sekarang, termasuklah untuk permainan-permainan video seperti DOOM, Vainglory, Ashes of Singularity dan terkini, Star Citizen, yang menyatakan bahawa mereka hanya akan menggunakan API Vulkan secara eksklusif.

Khronos Group telah menyatakan walaupun sokongan untuk sistem operasi mereka masih terbaik pada platform Windows 10, mereka menyatakan bahawa para pembina permainan video boleh melaksanakan sokongan untuk binaan multi-GPU menggunakan sistem operasi yang lain seperti Windows 7, 8 dan juga Linux.

Malah, jurucakap syarikat tersebut menyatakan sudah ada studio permainan video yang memasukkan sokongan untuk komputer-komputer yang menggunakan lebih daripada satu kad grafik yang tidak menggunakan Windows 10.


TIPS & ULASAN