Cari @ Amanz

Jika anda seorang pembina komputer, anda pasti tahu bahawa RAM komputer anda boleh di-overclock melalui pelbagai ciri-ciri, termasuklah Intel Xtreme Memory Profile (Intel XMP).

MSI baru sahaja mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi jenama papan induk pertama yang akan menyokong ciri overclocking untuk RAM tersebut untuk platform AMD Ryzen. Ciri ini dinamakan AMD XMP (A-XMP).

Ciri ini membenarkan papan-papan induk AMD Ryzen, termasuklah dari siri X370, X300, B350 dan sebagainya untuk meningkatkan kelajuan RAM dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja. Bukan itu sahaja, ciri A-XMP ini juga boleh memastikan bahawa RAM yang digunakan untuk binaan PC anda boleh berjalan secara lancar walaupun kelajuan RAM tersebut tidak disokong oleh papan induk tersebut.

Menurut MSI, ciri A-XMP akan dikemaskini untuk kesemua papan induk AMD Ryzen tidak lama lagi dan akan dilakukan melalui kemaskini BIOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd