Tidak guna mempunyai komputer dengan pemproses serta kad grafik yang berkuasa sekiranya ia tidak disambung kepada paparan yang berkualiti. Di dalam majlis pelancaran Acer Aspire GX781 dan Aspire VX15 sebenar tadi, dua monitor untuk permainan komputer berprestasi tinggi turut dilancarkan.
Acer KG271 dan KG251Q adalah dua monitor masing-masing dengan saiz 27″ dan 24.5″. Kemampuan kedua-dua juga setanding dengan resolusi 1080P, kadar segar-semula 75 Hz dan masa tindak balas 1 ms. Rekaan kaki berbentuk tiga segi dipadankan dengan bezel nipis ZeroFrame yang digunakan pada monitor Predator keluaran Acer sebelum ini.
Sepasang pembesar suara 2W juga terbina pada monitor-monitor ini. Dari segi sambungan pula KG71 menyokong VGA, HDMI dan audio masuk/keluar. VF251Q pula menyokong DVI, HDMI, DisplayPort 1.2 serta audio keluar/masuk. Kedua-duanya akan mula dijual pada penghujung April ini denga harga RM 899 untuk KG271 dan RM 659 untuk KG251Q