Super Mario Run Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Android
March 23, 2017
e-Permainan
Aman
Seperti mana yang dijanjikan, hari ini pihak Nintendo telah mula menawarkan permainan Super Mario Run untuk para pengguna peranti Android.
Super Mario Run menawarkan permainan watak Mario yang dioptimasikan untuk telefon pintar. Pengguna boleh mengawalnya menggunakan hanya sebelah tangan dan mesra untuk dimainkan pada skrin sentuh.
Permainan ini ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan tahap permainan yang terhad. Seperti biasa, untuk menikmatinya sepenuhnya, pengguna perlu membuat pembelian dalam aplikasi. Di Malaysia, pembelian dalam-aplikasi ini bernilai RM39.90.
[download]Muat-Turun Super Mario RUn untuk Android[/download]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.