Cari @ Amanz

Awal pagi tadi kami melaporkan kumpulan penggodam Turkish Crime Family mengancam untuk memadam ratusan juta akaun iCloud, Apple.com dan Mac.com sekiranya Apple enggan membayar tebusan. Apple diberikan tempoh sehingga 7 April ini untuk membayar wang sebanyak $75000 kepada mereka.

Pihak Apple akhirnya memberikan kenyataan rasmi berkenaan isu ini. Mereka mengesyorkan pengguna bahawa akaun mereka tidak terjejas oleh ancaman ini. Maklumat akaun dan kata kunci yang didakwa dimiliki penggodam sebenarnya dicuri dari akaun pihak ketiga. Adalah dipercayai ia adalah sebahagian daripada senarai data yang dicuri menerusi godaman laman LinkedIn sebelum ini.

Dengan kata lain yang dicuri ialah maklumat log masuk ke LinkedIn menggunakan emel Apple dan bukannya maklumat log masuk akaun Apple yang berjaya dicuri. Pada waktu yang sama mereka mempertingkatkan pengawasan ke atas aktiviti aneh yang berlaku ke atas akaun pengguna mereka. Pihak berwajib telahpun dihubungi bagi menghadapkan individu yang melakukan ancaman ke muka pengadilan.

Sungguhpun begitu pihak Apple meminta pengguna supaya menukar kata laluan sebagai langkah berhati-hati. Bagi mereka yang menggunakan kata laluan yang sama bagi kesemua perkhidmatan atas talian, anda perlu mengubah kata laluan pada kadar segera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd