Carian
Semua Pengguna Prabayar Kini Boleh Menggunakan Aplikasi Tambah-Nilai Boost
March 27, 2017 Ikhwan Nazri

Masih ingatkah anda dengan aplikasi Boost yang memudahkan anda melakukan proses tambah-nilai? Ia bukan sahaja mempercepatkan proses tersebut, bahkan turut memberi ganjaran selepas setiap tambah-nilai.

Kini aplikasi Boost boleh digunakan oleh semua pengguna pra-bayar di Malaysia! Tidak kira samada anda pengguna Xpax, U Mobile, Digi, Hotlink, XOX, Tune Talk atau Altel, anda boleh menambah-nilai pelbagai amaun serta menghantar tambah-nilai kepada rakan-rakan secara percuma.

Bukan setakat itu, anda juga boleh nikmati ganjaran dengan mengajak rakan-rakan anda untuk menggunakan aplikasi Boost. Begini caranya:

  1. Ajak rakan-rakan dengan menghantar Kod Jemputan anda (Invite Code).
  2. Nikmati ganjaran sehingga RM5 Kredit Boost PERCUMA apabila rakan-rakan mendaftar aplikasi Boost dengan Kod Jemputan anda dan mereka menambah-nilai sekurang-kurangnya RM10.
  3. Rakan-rakan anda akan menerima RM5 Kredit Boost secara PERCUMA juga selepas mereka menambah-nilai.

Kredit Boost yang PERCUMA ini boleh digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan telefon bimbit anda.

Sekiranya anda masih lagi menambah nilai menggunakan PIN 16-digit melalui SMS, anda tidak lagi perlu pergi ke kedai-kedai fizikal untuk menambah nilai mengikut cara ini. Gunalah aplikasi Boost untuk menambah nilai di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Penafian: Advertorial dari Boost



Komen