Samsung Memperlihatkan Tiga Rekaan Konsep Baru Untuk Gear S3

Samsung Memperlihatkan Tiga Rekaan Konsep Baru Untuk Gear S3

Diterbitkan pada Mac 24, 2017 oleh .

Samsung Gear S3 ialah antara jam tangan pintar dengan rekaan menarik di pasaran sekarang. Ia lebih kelihatan seperti sebuah jam analog dengan tali yang boleh digantikan dengan mudah. Di Baselworld yang sedang berlangsung di Switzerland, Samsung memperlihatkan tiga rekaan konsep baru jam tangan pintar ini.

Rekaan pertama ialah Gear S3 yang menggunakan bahan dan kemasan baru untuk kelihatan lebih premium. Tali jam juga lebih mirip pada jam tangan analog mewah yang digunakan golongan elit. Jam tangan kedua pula ialah sebuah Gear S3 yang “tidak pintar” kerana mekanisme elektronik digantikan sepenuhnya dengan mekanisme mekanikal. Akhir sekali ialah jam kocek hibrid Gear S3 yang mempunyai komponen digitak dan mekanisme analog.

Ketiga-tiga Gear S3 ini dihasilkan oleh Yvan Arpa, seorang pereka jam analog mewah, Tidak diketahui sama ada konsep-konsep ini akan dijual sebagai produk sebenar di masa terdekat.


TIPS & ULASAN