Cari @ Amanz

Bukan rahsia lagi Apple kini sebuah syarikat yang bergantung sepenuhnya pada penjualan iPhone yang baru sahaja dinobatkan peranti paling laku jualannya sepanjang 2016. Fokus kepada peranti mudah alih ini membuatkan Mac menjadi seakan anak tiri. Kerana kepopularan iPhone, suatu hari kelak mungkin komputer riba yang menggunakan iOS akan menjadi realiti.

 Kebarangkalian ini menjadi realiti mungkin agak tinggi dengan wujudnya paten komputer riba diperkasakan iPhone dan iPad yang dipatenkan Apple. Terdapat ruang storan khas pada “komputer riba” ini untuk sebuah iPhone. Apabila disambung skrin iPhone menjadi pad sesentuh dan skrin komputer riba akan diaktifkan. Pada paten untuk iPad pula, kerangka komputer riba hanya dilengkapi papan kekunci dan pad sesentuh. Ini bukanlah idea yang baru dan telah dilakukan pengeluar lain.

Adakah peranti hibrid mampu ubah menjadi komputer riba akan menjadi kebiasaan di masa hadapan? iPhone dan iPad sedia ada sebenarnya sudah cukup berkuasa untuk melakukan majoriti tugasan harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd