Spesifikasi Samsung Galaxy Note 8 Tertiris – Menggunakan Skrin 6.4″ Dengan Resolusi 4K

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 8 Tertiris – Menggunakan Skrin 6.4″ Dengan Resolusi 4K

Diterbitkan pada Mac 24, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note 7 menconteng stylus ke muka Samsung tahun lalu kerana masalah bateri yang meletup secara rawak. Jutaan peranti ditarik semula dari pasaran dan Samsung terpaksa meminta maaf secara terbuka kepada pelanggan yang terkesan. Kesan daripada insiden ini ialah ura-ura peranti Note akan dihentikan oleh pihak Samsung.

Hari ini lukisan skematik yang didakwa adalah untuk Samsung Galaxy Note 8 tertiris ke arena web. Dari segi rekaan ia menyamai apa yang ditemui pada Galaxy S8 yang akan dilancarkan minggu hadapan. Turut kedengaran ura-ura ia bakal dilengkapi skrin 6.4″ dengan resolusi 4K. Pemproses Exynos 8895 akan digunakan bagi memberikan kemampuan grafik yang tinggi.

Kebenaran maklumat ini tidak dapat disahkan. Tetapi dengan Galaxy S8+ yang mempunyai skrin sebesar 6.2″, tidak mengejutkan sama sekali untuk Note 8 mempunyai saiz skrin yang lebih besar. Adakah anda masih mahu membeli peranti Note selepas insiden bateri tahun lalu?


TIPS & ULASAN