Digi Hadir Dengan Pelan Pascabayar Tanpa Had Untuk Panggilan Dan Data

Digi Hadir Dengan Pelan Pascabayar Tanpa Had Untuk Panggilan Dan Data

Diterbitkan pada Mac 24, 2017 oleh .

Kuota data ialah faktor penting sebelum memilih syarikat telekomunikasi yang ingin dilanggan. Lebih tinggi kuota lebih banyak dapat dilakukan tanpa perlu membeli data tambahan setiap bulan. Digi hari ini menawarkan dua pelan data baru Digi Postpaid INFINITE yang menawarkan kuota data internet tanpa had.

Pelan Postpaid 150 INFINITE menawarkan kuota internet tanpa had, panggilan percuma, 1000 SMS percuma dan perkhidmatan Hotspot tanpa had dengan bayaran bulanan RM 150.

Pelan Postpaid 80 INFINITE pula menawarkan kuota internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 5 Mbps. Turut disertakan ialah 300 SMS percuma dan perkhidmatan Hotspot sehingga 5 GB sebulan selama setahun dengan bayaran bulanan RM 80.

Pelan Postpaid INFINITE ini hanya ditawarkan secara atas talian sahaja. Kami tidak menjumpai sebarang info berkaitan FUP yang biasa diguna-pakai syarikat telekomunikasi lain. Apa pun, anda boleh menyemak info penuh mengenainya melalui laman rasmi Digi hari ini.


TIPS & ULASAN