Carian
Google Dilaporkan Akan Membuang Integrasi SMS Pada Hangouts
March 24, 2017 Aman

Google pada bulan ini telah memperkenalkan pembahagian Hangouts kepada dua – iaitu untuk permesejan dan komunikasi, selain satu lagi untuk panggilan video. Kini, lanjutan daripadanya, laporan baru hadir mengatakan Google mungkin membuang integrasi sokongan SMS pada Hangouts sekitar bulan Mei kelak.

Google sendiri sebelum ini melalui Hangouts Chat telah lebih memfokuskan kepada perusahaan, dan menawarkan fungsi seumpama Slack. Dengan membuang integrasi SMS, ia mungkin akan memudahkan dan memfokuskan lagi perkhidmatan berkenaan ke arena perusahaan.

Daripada emel yang hadir ke arena internet, Google dijangka akan membuang sepenuhnya fungsi SMS ini pada 22 Mei kelak.

Sebagai alternatif untuknya, kini Google dilihat lebih memasarkan Android Messages kepada pengguna yang hadir dengan sokongan permesejan SMS pintar melaluinya.

Komen