Cari @ Amanz

Grab, pesaing Uber di Asia Tenggara, kini merancang untuk mengumpulkan suntikan dana baru yang melangkaui $1.5 bilion. Softbank dikatakan menguruskan pengumpulan dana baru ini, dan dijangka disertai oleh beberapa pelabur lain.

Angka pelaburan ini mungkin mencatatkan rekod tertinggi untuk Grab, yang mana sekali ganda lebih tinggi berbanding apa yang telah dikumpulkan pada bulan September lepas – iaitu sekitar $750 juta. Suntikan dana pada bulan September lepas dikatakan diambil pada nilai syarikat $3 bilion.

Grab pada awal minggu ini turut telah melancarkan perkhidmatan mereka di Myanmar, sekaligus menjadikan ia negara ketujuh dimana Grab beroperasi. Ia pada masa yang sama bersaing dengan Uber dan Go-Jek dalam usaha menawarkan perkhidmatan di pelbagai bandar utama sekitar Asia Tenggara. Kebanyakkan perkhidmatan ini bersaing antara satu sama lain, mengakibatkan mereka mengeluarkan duit yang banyak.

Grab dan Softbank tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan suntikan dana baru ini.

Grab juga sebelum ini telah mengatakan bakal melabur $700 juta di Indonesia untuk tempoh empat tahun akan datang dalam usaha memenangi pasaran berkenaan. Di Indonesia, Grab telah memperlihatkan peningkatan 600% pada tahun lepas.

Grab juga sedang mengambil lebih 800 pengkaji dan pembangun untuk tempoh dua tahun akan datang, termasuk dengan membuka fasiliti di Bangalore dan Ho Chi Minh. Pada masa yang sama, syarikat Grab juga turut mengatakan mereka meletakkan hampir $100 juta untuk melabur pada syarikat memfokuskan teknologi kewangan di Indonesia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd