Cari @ Amanz

Opera Mini merupakan salah satu pelayar web yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih – salah satu sebabnya adalah kerana penawaran ciri penjimatan data pada pelayar web berkenaan. Terkini, pembangunnya turut menyertakan sebuah ciri baru yang memudahkan proses muat-turun media daripada pelayar web berkenaan.

Opera Mini

Menurut pihak Opera, kini Opera Mini ingin memudahkan proses muat-turun daripada laman yang sering mempunyai pelbagai kandungan lain. Kini, sebuah ikon akan diperlihatkan pada bar alamat bagi menandakan terdapat media boleh dimuat-turun.

Seterusnya, apabila tap padanya, ia akan memperlihatkan pautan muat-turun terus untuk anda muat-turun dan tontonnya kemudian.

Proses ini akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses muat-turun media seperti video dan muzik daripada beberapa laman.

Ciri baru ini bakal hadir pada kemaskini Opera Mini terbaru untuk Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd