Cari @ Amanz

Emoji kini telah menjadi salah satu “bahasa” komunikasi, dan pelbagai emoji baru ditambah dari masa ke semasa. Terkini, untuk kemaskini Unicode 10.0 yang bakal hadir sekitar 30 Jun 2017 kelak, sebanyak 48 emoji baru bakal ditambah.

Melaluinya, antara emoji baru yang bakal ditambah adalah termasuk emoji wanita bertudung, tangan berdoa, ibu menyusu, dan sebagainya.

Emoji Baru 2017

Buat masa ini, rekaan akhir untuknya masih belum disahkan lagi – dan mungkin akan diketahui apabila pelancarannya kelak. Gambaran yang diperlihatkan ini hadir daripada Emojipedia berdasarkan kepada rekaan fasa akhir.

Seperti biasa, implementasi ini juga akan bergantung kepada pelbagai kemaskini aplikasi dan sistem operasi – sebelum para pengguna akan dapat menggunakannya dalam komunikasi harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd