Cari @ Amanz

Nokia pada acara MWC 2017 yang diadakan penghujung Februari lepas telah memperkenalkan tiga telefon Android terbaru untuk pasaran global, iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan juga Nokia 6. Ia sedia dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia, dan kini pihak HMD Global sekali lagi mengesahkan yang mana ia bakal dipasarkan bermula suku kedua 2017 kelak.

Perkara ini juga selari dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh HMD sebelum ini berkenaan sasaran pemasaran mereka untuk Nokia 3,5,6 dan Nokia 3310.

Nokia 3310

Untuk makluman, HMD Global merupakan salah satu syarikat baru yang mempunyai lesen daripada Nokia untuk mengeluarkan dan memasarkan peranti dibawah jenama berkenaan. Untuk tujuan pengeluaran peranti, mereka bekerjasama dengan pihak Foxconn.

Dengan lebih pengesahan ini, mungkin kita boleh nantikan antara April ke Jun 2017 kelak untuk melihat peranti berkenaan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd