Cari @ Amanz

Facebook buat masa ini telah menyertakan integrasi sokongan GIF pada laman sosial mereka, termasuk aplikasi permesejan Messenger. Sekiranya anda aktif menggunakan Messenger, mungkin anda sedia maklum akan mengenai butang GIF yang memudahkan anda menghantar gambar GIF dengan membuat carian terus padanya.

Kini, ia dilaporkan Facebook turut ingin menyertakan sokongan integrasi lebih kurang sama pada laman sosial utama mereka – dibahagian komen.

Ia akan sekaligus memudahkan lagi pengguna menyertakan GIF pada komen dengan terus membuat carian padanya – tanpa perlu muat-naik secara manual seperti pada hari ini.

Pihak Facebook mengesahkan dan menekankan yang mana ia hanya pada peringkat ujian sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Facebook akan memperkenalkan ia secara meluas ataupun tidak pada bahagian komen di laman sosial mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd