Cari @ Amanz

Call of Duty ialah siri permainan yang sangat popular. Tahun demi tahun jutaan permainan ini berjaya terjual dan menjadi ikutan permainan FPS yang lain di pasaran. Tetapi tahun lalu buat pertama kalinya COD mengalami penurunan jualan. Alasan yang diberikan ialah tema futuristik Infinite Warfare telah jauh menyimpang dari fitrah asal COD.

Ura-ura terkini ialah COD terbaru yang sedang dibangunkan akan kembali semula ke era Perang Dunia Kedua. Sebuah poster COD WW2 tertiris dan menyemarakkan lagi ura-ura ini. Ini bukan pertama kali ia didengari. Pihak Activision Blizzard sendiri telah dipetik mengatakan COD mungkin kembali kepada asal Februari yang lalu.

Kami terdiri dari golongan yang membeli COD Infinite Warfare tetapi menghabiskan lebih banyak masa bermain Modern Warfare Remastered. Infinite Warfare bagi kami tidak memberikan kepuasan kerana senjata yang terlalu sci-fi. Sekiranya ura-ura ini benar kami tidak sabar untuk menggunakan semula Colt M1911, M1927 Thompson dan M1 Garand. Battlefeld 1 membuktikan bahawa pengguna sudah bersedia untuk kembali kepada medan pertempuran klasik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd