Cari @ Amanz

Mei tahun lalu mahkamah di Beijing mengeluarkan arahan menghalang jualan iPhone 6 dan 6 Plus di Beijing. Arahan dikeluarkan kerana syarikat Shenzen Baili Marketing menuduh peranti tersebut melanggar paten untuk peranti 100C keluaran mereka. Apple mencabar arahan tersebut di mahkamah dan selepas hampir setahun akhirnya memperoleh kemenangan.

Mahkamah Beijing telah menarik semula larangan penjualan peranti yang sudah berusia hampir tiga tahun ini. Pihak mahkamah mendapati Apple tidak melanggar paten yang dimiliki Shenzen Baili Marketing. Walaubagaimanapun mahkamah enggan menarik semula penganugerahan paten kepada Shenzen Baili Marketing seperti yang dikehendaki oleh Apple.

Kemelut ini masih belum berakhir kerana Shenzen Baili Marketingddan Pejabat Paten Beijing akan melakukan rayuan terhadap keputusan kes. Pada pendapat anda adakah iPhone 6 dan 6 Plus meniru rekaan peranti Android 100C?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd