Minggu lalu kecoh apabila Amerika Syarikat dan UK mengeluarkan larangan membawa komputer riba serta tablet ke dalam pesawat yang terbang secara terus ke negara mereka dari sepuluh negara majoriti Islam. Larangan dikeluarkan kerana wujud ancaman pengganas yang menyorokkan bom di dalam peranti-peranti ini. Penumpang perlu memasukkan peranti ke dalam ruangan kargo sebelum dibenarkan terbang.
Our new service lets customers use their laptops and tablet devices until they board their flights to the US. https://t.co/n0E7Iq1KKf pic.twitter.com/D51iiKE7Gk
— Emirates airline (@emirates) March 23, 2017
Reaksi dari penumpang adalah negatif kerana ia menyukarkan mereka terutamanya golongan perniagaan dan ibu bapa dengan anak kecil. Syarikat penerbangan Emirates cuba meringankan kesusahan penumpang dengan perkhidmatan menyerahkan peranti di pintu pesawat.
Dengan perkhidmatan ini penumpang bebas menggunakan komputer riba untuk melalukan kerja sehinggalah perlu menaiki pesawat. Peranti yang dikutip kemudian dimasukkan ke dalam kotak khas sebelum dimasukkan ke ruang kargo. Mereka kemudian akan mengutip semula peranti setibanya di destinasi.
Penumpang masih tidak boleh menggunakan peranti mereka tetapi sekurang-kurangnya tidak perlu risau ia mengalami kerosakan kerana bagasi dicampak atau dicuri.