Cari @ Amanz

Tiga hari sahaja lagi sebelum pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus berlangsung di New York. Misteri mengenai peranti ini akhirnya terjawab selepas imej rasmi serta spesifikasi penuhnya tertiris di arena web. Ia mengesahkan beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini.

Samsung Galaxy S8 dilengkapi skrin 5.8″ SAMOLED WQHD+, pemproses Snapdragon 835/Exynos 8895, RAM sebesar 4GB dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dilengkapi sistem OIS, Duo Pixel serta pemfokusan laser. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Sebuah bateri 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Di Eropah Galaxy S8 dijual pada harga €799 (~RM 3821) sebuah.

Samsung Galaxy S8 Plus dilengkapi skrin 6.2 SAMOLED WQHD+, pemproses Snapdragon 835/Exynos 8895, RAM sebesar 4GB dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dilengkapi sistem OIS, Duo Pixel serta pemfokusan laser. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Sebuah bateri 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Di Eropah Galaxy S8 dijual pada harga €899 (~RM 4300) sebuah.

Kedua-dua peranti kalis air dan debu memenuhi piawaian IP68. Terdapat pengimbas cap jari pada panel belakang serta pengimbas retina di bahagian hadapan. Pembesar suara stereo disertakan dengan konfigurasi seperti yang ditemui pada Samsung Galaxy C9 Pro. Akhir sekali ia ditawarkan dalam lima warna iaitu hitam, biru, emas, kelabu orkid dan perak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd