Blizzard Bakal Menawarkan Permainan Asal StarCraft Pada Resolusi 4K

Blizzard Bakal Menawarkan Permainan Asal StarCraft Pada Resolusi 4K

Diterbitkan pada Mac 27, 2017 oleh .

Blizzard hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan kemaskini untuk permainan klasik StarCraft, iaitu StarCraft dan StarCraft: Brood War – menawarkan ia dengan sedikit kemaskini dibawah nama StarCraft: Remastered.

StarCraft: Remastered ini akan mengekalkan bentuk permainan dan pelbagai perkara lebih kurang sama seperti yang asal. Antara perubahan yang akan dibawakan adalah termasuk kemaskini grafik untuk sokongan 4K, integrasi Blizzard App untuk sokongan atas-talian, integrasi menyimpan data permainan di awan, dan beberapa kemaskini lain.

Blizzard turut menekankan yang mana mereka akan mengekalkan bentuk permainan klasik seumpama mana yang sedia ada tanpa perubahan untuknya – sekaligus membolehkan permainan ini dimainkan untuk dekad-dekad akan datang.

Buat masa ini, tiada tarikh yang diberikan untuk pelancarannya.


TIPS & ULASAN