Cari @ Amanz

Tahun lalu di E3 trailer untuk permainan terkini God of War adalah antara yang paling mengejutkan. Ini adalah kerana ia hadir tanpa sebarang pengumuman dan Kratos telahpun meninggal dunia di dalam God of War III. Tidak ada maklumat baru diberikan oleh Sony selepas E3. Bilakah ia akan akhirnya hadir ke konsol PlayStation 4?

Besar kemungkinan ia akan menemui peminat seawal tahun ini selepas Christopher Judge, pelakon suara Kratos yang baru mengubah profil Twitter beliau. Jelas diletakkan God of War akan hadir pada tahun 2017. Maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini pasti akan diumumkan di E3 pada pertengahan tahun kelak. Sebagai peminat kami berharap berita ini adalah benar kerana sudah tujuh tahun kami menantikan kesinambungan kisah The Ghost of Sparta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd