Uber Memperkenalkan Ciri Keselamatan Menggunakan Selfie Untuk Pemandu Uber Di Malaysia

Uber Memperkenalkan Ciri Keselamatan Menggunakan Selfie Untuk Pemandu Uber Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 28, 2017 oleh .

Apabila seseorang menaiki kenderaan pengangkutan awam, tidak kiralah bas, teksi ataupun perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber ataupun Grab, keselamatan merupakan  aspek yang perlu dititikberatkan semua syarikat.

Terkini, Uber baru sahaja memperkenalkan ciri keselamatan ID Check, dimana pemandu-pemandu di bawah Uber akan dipilih secara rawak pada bila-bila masa sahaja untuk mengesahkan status pemandu mereka. Pemandu-pemandu ini akan diminta mengambil gambar selfie, memuat-naik gambar tersebut ke aplikasi pemandu Uber dan aplikasi tersebut akan mengesahkan gambar mereka.

Pengesahan gambar akan dilakukan dengan pantas. Sekiranya gambar pemandu yang diambil tidak berpadanan dengan gambar pengenalan pemandu, akaun tersebut akan dikunci buat sementara waktu. Uber kemudian akan melakukan siasatan ke atas akaun tersebut. Uber telah bekerjasama dengan Microsoft Cognitive Services untuk membangunkan ciri  keselamatan ini.

Dengannya, ia secara tidak langsung membolehkan para pelanggan lebih yakin dengan pemandu disebalik sesuatu kenderaan dan mengesahkan yang mana ia adalah benar-benar pemandu berkenaan dan bukannya orang lain. Ciri ini semestinya digemari pengguna Uber tempatan, apatah lagi dengan kes-kes pemandu palsu menggunakan akaun kenderaan milik orang lain yang meningkat akhir-akhir ini – terutamanya pada perkhidmatan pesaing Uber.


TIPS & ULASAN