Cari @ Amanz

Uber memulakan ujian teksi dengan pemanduan automatik mereka di Amerika Syarikat pada Ogos tahun lalu. Ia dilakukan di tiga lokasi iaitu Arizona, Pittsburgh dan San Francisco. Ujian di ketiga-tiga lokasi ini digantung serta mereta hujung minggu lalu selepas salah sebuah teksi yang diuji terlibat dengan kemalangan di Arizona.

Menurut laporan Reuters, teksi pemanduan automatik Uber terbalik selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan yang enggan memberikan laluan ketika ia cuba membelok. Dua orang pemandu di tempat duduk hadapan hanya mengalami kecederaan ringan. Ia tidak membawa sebarang penumpang pada waktu kejadian. Kedua-dua “pemandu” duduk di tempat duduk hadapan sebagai syarat keselamatan sepanjang tempoh ujian.

Penggantungan ujian ini akan berterusan sehingga punca sebenar kemalangan ditemui. Insiden terbaru ini membawakan publisiti buruk ke atas syarikat yang mengalami pelbagai masalah sejak kebelakangan ini. Mereka disaman oleh Waymo yang mendakwa teknologi pemanduan automatik yang digunakan dicuri. Pada waktu yang sama beberapa eksekutif berjawatan tinggi turut meletakkan jawatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd